| |
| Utusan Malaysia newspaper (Malaysia) |
| 12 August 2006 |
Berjaya Langkawi
Oleh MOHD.HAZLI
HASSAN
[pelancongan@utusan.com.my]
Foto-foto dirakamkan menggunakan
kamera digital Olympus SP-350
MELANGKAH masuk ke chalet ata air Resort
Berjaya Langkawi Beach dan Spa bagaikan
terasa diri seolah-olah sudah dibelai manja.
Suasana nyaman, selesa dan dekorasi seni
bina Melayu yang dipaparkan di chalet ini
seolah-olah menggamit pengunjung untuk terus
lena di dalamnya tanpa rasa jemu.
|
|
|
|
|
Sebanyak
23 chalet di atas air disediakan untuk
pengunjung Resort Berjaya Langkawi
Beach dan Spa dengan harga promosi
RM888 seorang sehingga 31 Oktober
ini
|
|
Chalet ulung atas air yang diwujudkan oleh Resort
Berjaya Langkawi Beach dan Spa merupakan satu-satunya
resort di pulau legenda ini yang berani memperkenalkan
konsep pelancongan itu demi keselesaan dan keseronokan
yang bakal dialami oleh pengunjung.
Menginap di dalam chalet berkenaan terasa seolah-olah
anda sedang dibuai mimpi dengan deruan angin sepoi-sepoi
bahasa selain hempasan ombak yang memecah di pantai
seperti melagukan suasana romantik.
Kelengkapan yang disediakan amat mencukupi bagi
mereka yang tidak ingin melakukan apa-apa dan
hanya mahu berehat memerhatikan saujana menarik
Laut Andaman.
Lebih menarik, pada hari-hari tertentu, pengunjung
mampu melihat Pulau Taratau di Thailand dengan
jelas yang pastinya merupakan pemandangan yang
cukup indah.
Ini juga pasti akan lebih meriah jika kumpulan
ikan lumba-lumba berlegar-legar di kawasan perairan
chalet atas air berkenaan yang memberikan percutian
bermakna untuk pengunjung.
Chalet atas air yang dibina dengan keluasan 56
meter persegi sudah cukup untuk membuatkan percutian
pasangan atau seisi keluarga lebih selesa.
Pilihan antara katil bersaiz queen atau dua katil
individu selain sofa katil yang disediakan sudah
mencukupi untuk sebuah keluarga menikmati percutian
menarik di Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.
Sebanyak 23 chalet ulung atas air disediakan menghala
ke Laut Andaman di Teluk Burau membelakangi hutan
hujan pulau legenda berkenaan yang penuh dengan
pelbagai flora dan fauna menarik.
Selain itu, untuk memberikan kepuasan melihat
pemandangan laut membiru, chalet ulung atas air
Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa turut diyediakan
anjung berehat dengan dua kerusi dek malas.
Kelengkapan di dalam chalet ulung itu pula pasti
memuaskan hati pengunjung. Ia dilengkapi dengan
televisyen 29 inci yang mempunyai pelbagai saluran
menarik termasuk televisyen satelit.
Bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran dengan
pilihan air panas dan sejuk selain tab mandi yang
luas memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung
tanpa mengganggu pasangan yang berada di ruang
berehat.
Selain itu, semua kelengkapan hotel bertaraf lima
bintang turut disediakan untuk keselesaan pengunjung
menginap di chalet atas air berkenaan.
Resort Berjaya Langkawi beach dan Spa juga menyediakan
buah-buahan tempatan bagi meraikan kedatangan
pengunjung sebaik sahaja melangkah masuk ke chalet
ini.
Ketika matahari berlabuh di ufuk barat yang boleh
diperhatikan dari anjung berehat chalet berkenaan,
bilik akan disiapkan untuk tidur malam selain
dodol dan baulu sebagai pemanis mulut sebelum
melelapkan mata.
Pengunjung yang menginap di chalet atas air ini
akan dilayan sebagai VIP sebaik sahaja sampai
ke lobi Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.
Anda akan dibawa untuk berehat sebelum mendaftar
masuk. Pendaftaran akan dilakukan secara peribadi
oleh eksekutif perhubungan pelanggan Berjaya Resort.
Malah, bagi yang berbulan madu, sarapan pagi boleh
diatur untuk dinikmati di anjung berehat menghadap
ke Laut Andaman.
Resort yang memenangi dua anugerah pada tahun
1998 itu sememangnya terkenal di kalangan pelancong
asing kerana keaslian rekaaan chalet yang tidak
mengganggu flora dan fauna di sekitar resort itu.
Dipenuhi dengan kehijauan di dalam kawasan seluas
28 hektar, Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa
hanya terletak kira-kira 15 perjalanan dari Lapangan
Terbang Langkawi, Padang Mat Sirat.
Bercuti di Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa
tidak akan membosankan pengunjung kerana resort
ini dipenuhi pelbagai keseronokan rekreasi yang
boleh dilakukan termasuk jet ski, bot pisang,
meluncur ombak, berjalan di dalam hutan, pelayan
senja, melihat burung atau hanya meredamkan badan
di dalam kolam renang yang disediakan.
Lebih menarik, pengurusan Resort Berjaya Langkawi
Beach dan Spa juga menawarkan sesi memancing dari
anjung berehat chalet ini bagi membolehkan pengunjung
memperoleh keseronokan tersendiri.
Lebih bermakna, ikan yang diperoleh boleh dibawa
ke mana-mana restoran Resort Berjaya Langkawi
Beach dan Spa untuk dimasak.
Bagi membolehkan pengunjung domestik menikmati
percutian indah di chalet ulung atas air ini,
Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa akan memperkenalkan
pakej khas promosi dengan harga yang menarik.
Ia ditawarkan sehingga 31 Oktober tahun ini.
Dengan hanya RM888 seorang (tertakluk kepada penginapan
dua orang), pengunjung boleh menikmati pelbagai
belaian VIP untuk bercuti di chalet ulung atas
air Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.
Berbanding harga RM2,000 seorang sebelum ini,
pengunjung masihboleh menikmati belaian yang serupa
dengan tambahan sampingan iaitu layanan spa.
Melalui pakej promosi permulaan ini, pengunjung
akan turut dibelai di Ayura Spa untuk urutan aroma
terapi secara percuma selama satu jam bagi mengembalikan
kesegaran badan.
Melalui pakej promosi permulaan itu, pengunjung
akan dapat menikmati suasana yang mengasyikkan
bercuti di chalet tersebut selama dua malam.
Sarapan pagi juga disediakan di restoran eksklusif
Pantai berhadapan dengan Teluk Burau bagi membolehkan
pengunjung terutama pasangan berbulan madu menikmati
pengalaman yang menyeronokkan.
Pengunjung juga akan berpeluang menikmati pengangkutan
ulang alik secara percuma dari lapangan terbang
selain selain minuman Selamat Datang sebelum mendaftar
masuk.
Untuk tidak terlepas peluang ini, orang ramai
boleh menghubungi pejabat penempahan resort ini
di Kuala Lumpur menerusi talian 03-2145 2000,
03-2145 4107 atau talian tol percuma 1-800-88-3236.
Mereka juga boleh membuat penempahan dalam talian
melalui laman web www.berjayahotels-resorts.com
atau e-mel bhr@hr.berjaya.com.my
atau resvn@b-langkawi.com.my.
|
|
|
DEKORASI
bilik mandi juga pastinya menambahkan
keceriaan kepada pengunjung.
|
|
|
|
|
|
Berehat
di anjung menghadap Laut Andaman memberikan
suasana romantis kepada pengunjung
yang berbulan madu.
|
|
|